Assalamualaikum uolls :) Wahh! Lamanyaaaaaaaaaaa tak mengarut dalam ni. Hihi. Harini gua baru rasa nak mengarut. Hmmmm, tp takdak idea aa nak mengarut pasaipa. Hmm hmmmmm, nak mengarut apa ni. Uolls cer bagi idea sikit, kalau tak boleh bagi idea sikit pun takpa, bagi idea banyak lagi bagus. Kekekeke. Hmmmm hmmmmmmmmmmmmmmmm, haa gua rasa gua dah tahu nak mengarut pasal apa nih. Gua nak mengarut about about about MY NEW LIFE :) Rasanya ramai yang taktahu apa yang terjadi kat life gua sekarang ni. Hee. Ajet ajet artis je gua ni. Padahal bukannya ada sesapa nak tahu pun. Hahahaha. Gua dah stop study meh. Why Nur Hazwani why? Uolls nak tahu tak sebab apa? Emm, sebabnyaaaaaaaaaaaaaaa, family kiteorang ada masalah kewangan. 2 orang adik aku still study. Kalau aku still continue study, makin parah lah parent aku. Dahlah aku study kat kolej swasta yang mahal sesangat. So, aku buat keputusan untuk berkorban jiwa dan raga(Nahhai, jem -,- Hahahaha) untuk stop study. Aku rasa sedih sesangat, rasa bagai ditusuk sembilu. Apa perasaan aku time tu, tak dapat digambarkan dengan kata-kata, tapi cuma Allah s.w.t sahaja yang mengerti. Hancur lebur cita cita aku nak jadi PAKAR PSIKOLOGI FORENSIK & PAKAR PSIKOLOGI KLINIKAL :'( Time tu aku rasa masa depan aku dah hancur. Di depan orang, aku berlagak seolah-olah takdak papepun yang berlaku but hakikatnya bila aku berseorangan, aku menangis, menangis, dan terus menangis. Sedih kot stop study, stop mengejar cita cita. Until now, aku masih tak percaya. Memang mulut cakap AKU REDHA, AKU PASRAH tapi hati aku tak begitu. Take time untuk semua tu :') Hmm, mungkin ini jalan takdirku. Aku hanya sebagai manusia yang lemah lagi hina hanyalah mampu merancang, tapi Allah s.w.t sahaja yang menentukannya. Aku hanya sebagai hamba Allah s.w.t hanyalah perlu redha dengan ketentuan Allah s.w.t ni dan teruskan kehidupan yang mendatang dan kuatkan hati, diri dan semangat untuk menempuh liku liku kehidupan. Aku harap adik aku takkan jadi seperti aku. Cukuplah aku sorang je yang berkorban demi masa depan adik adikku. Sekarang aku bekerja di P1 WIMAX. Entah sampai bila pun aku taktau. Hanya perlu pasrah dan berusaha untuk meneruskan kehidupan ini. Apa yang ditentukan Allah s.w.t sudah pastilah yang terbaik untuk aku :) Terima kasih semua yang memberi semangat untuk aku mengharungi liku liku kehidupan yang mendatang :) Aku hargainya. And pasni, gua harap, takdak sesapa dah tanya gua study kat mana lah, dah berapa sem dah, bila nak habis lah and so on. Nanti gua nak jawab apa ha. Sedih oh! Gua hanya mampu tersenyum. Life gua tak seperti yang gua inginkan. Papepun, gua terima suma ni. Gua kan Nur Hazwani yang kuat. Cmon bebeh. Benda benda camni mesti gua kena kuat untuk hadap even kekadang tu gua rasa lemah. Chaiyok Nur Hazwani! Chaiyok chaiyok!
'BAHAGIA BUKAN BEERTI MEMILIKI SEMUA YANG KITA MAHU, TAPI MENERIMA APA YANG ADA DENGAN HATI YANG TERBUKA''KEKECEWAAN MENGAJAR KITA ERTI KEHIDUPAN. TERUSKAN PERJUANGAN KITA WALAUPUN TERPAKSA MENGHADAPI RINTANGAN DEMI RINTANGAN DALAM HIDUP'
'LIFE IS A TEST AND A TRUST. THE MORE GOD GIVES YOU, THE MORE RESPONSIBLE GOD EXPECTS YOU TO BE'
'THE PAST CANNOT BE CHANGED, FORGOTTEN, EDITED, OR ERASED, IT CAN ONLY BE ACCEPTED'
'LOVE YOURSELF, LOVE YOUR DAY, LOVE YOUR LIFE'
No comments:
Post a Comment