JellyPages.com

Wednesday 27 November 2013

I KNOW EVERYTHING HAPPENS FOR A REASON :)

Assalamualaikum uolls :) Wahh! Lamanyaaaaaaaaaaa tak mengarut dalam ni. Hihi. Harini gua baru rasa nak mengarut. Hmmmm, tp takdak idea aa nak mengarut pasaipa. Hmm hmmmmm, nak mengarut apa ni. Uolls cer bagi idea sikit, kalau tak boleh bagi idea sikit pun takpa, bagi idea banyak lagi bagus. Kekekeke. Hmmmm hmmmmmmmmmmmmmmmm, haa gua rasa gua dah tahu nak mengarut pasal apa nih. Gua nak mengarut about about about MY NEW LIFE :) Rasanya ramai yang taktahu apa yang terjadi kat life gua sekarang ni. Hee. Ajet ajet artis je gua ni. Padahal bukannya ada sesapa nak tahu pun. Hahahaha. Gua dah stop study meh. Why Nur Hazwani why? Uolls nak tahu tak sebab apa? Emm, sebabnyaaaaaaaaaaaaaaa, family kiteorang ada masalah kewangan. 2 orang adik aku still study. Kalau aku still continue study, makin parah lah parent aku. Dahlah aku study kat kolej swasta yang mahal sesangat. So, aku buat keputusan untuk berkorban jiwa dan raga(Nahhai, jem -,- Hahahaha) untuk stop study. Aku rasa sedih sesangat, rasa bagai ditusuk sembilu. Apa perasaan aku time tu, tak dapat digambarkan dengan kata-kata, tapi cuma Allah s.w.t sahaja yang mengerti. Hancur lebur cita cita aku nak jadi PAKAR PSIKOLOGI FORENSIK & PAKAR PSIKOLOGI KLINIKAL :'(  Time tu aku rasa masa depan aku dah hancur. Di depan orang, aku berlagak seolah-olah takdak papepun yang berlaku but hakikatnya bila aku berseorangan, aku menangis, menangis, dan terus menangis. Sedih kot stop study, stop mengejar cita cita. Until now, aku masih tak percaya. Memang mulut cakap AKU REDHA, AKU PASRAH  tapi hati aku tak begitu. Take time untuk semua tu :') Hmm, mungkin ini jalan takdirku. Aku hanya sebagai manusia yang lemah lagi hina hanyalah mampu merancang, tapi Allah s.w.t sahaja yang menentukannya. Aku hanya sebagai hamba Allah s.w.t hanyalah perlu redha dengan ketentuan Allah s.w.t ni dan teruskan kehidupan yang mendatang dan kuatkan hati, diri dan semangat untuk menempuh liku liku kehidupan. Aku harap adik aku takkan jadi seperti aku. Cukuplah aku sorang je yang berkorban demi masa depan adik adikku. Sekarang aku bekerja di P1 WIMAX. Entah sampai bila pun aku taktau. Hanya perlu pasrah dan berusaha untuk meneruskan kehidupan ini. Apa yang ditentukan Allah s.w.t sudah pastilah yang terbaik untuk aku :) Terima kasih semua yang memberi semangat untuk aku mengharungi liku liku kehidupan yang mendatang :) Aku hargainya. And pasni, gua harap, takdak sesapa dah tanya gua study kat mana lah, dah berapa sem dah, bila nak habis lah and so on. Nanti gua nak jawab apa ha. Sedih oh! Gua hanya mampu tersenyum. Life gua tak seperti yang gua inginkan. Papepun, gua terima suma ni. Gua kan Nur Hazwani yang kuat. Cmon bebeh. Benda benda camni mesti gua kena kuat untuk hadap even kekadang tu gua rasa lemah. Chaiyok Nur Hazwani! Chaiyok chaiyok!

                    'BAHAGIA BUKAN BEERTI MEMILIKI SEMUA YANG KITA MAHU, TAPI MENERIMA APA YANG ADA DENGAN HATI YANG TERBUKA'
                              'KEKECEWAAN MENGAJAR KITA ERTI KEHIDUPAN. TERUSKAN PERJUANGAN KITA WALAUPUN TERPAKSA MENGHADAPI RINTANGAN DEMI RINTANGAN DALAM HIDUP'

                              'LIFE IS A TEST AND A TRUST. THE MORE GOD GIVES YOU, THE MORE RESPONSIBLE GOD EXPECTS YOU TO BE'

                              'THE PAST CANNOT BE CHANGED, FORGOTTEN, EDITED, OR ERASED, IT CAN ONLY BE ACCEPTED'

                               'LOVE YOURSELF, LOVE YOUR DAY, LOVE YOUR LIFE'

Thursday 27 June 2013

CINTA MASA SILAM PART 3 .

Assalamualaikum semuaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa :) Haii uollsssss . Huhu , dah lama tak berblog nih . Haihh . Terasa pelik bebenor -,- Setelah sekian lama mengambil mood untuk mengarang , rini baru aku terasa nak mengarang . Berbulan-bulan jugak nak amek feel . Hahaha :3 Uoolsss shat ? Hope korang shat laa ek :) Okayy , tanpa melengahkan masa , aku just continue my old story okayy . Tanpa ada sebarang kerepek merepek nii yee . Hiks :P Hmmm , aku stop tang mana aih ritu ? Haihh , cek lupa dah nih . Hm hmmmmmmm . Haa , ingat dah . Aku stop kat yang si 'F' nii bagi kad an an ? Hmmm , cerita dekat cuti sem jlaaaa . Time kiteorang cuti sem , die rajin jugak contact ibu aku untuk tanya khabar aku . Kenapa die tak contact aku jee ehh ? Uoollllsss , die contact laa aku , tapi aku jarang layan sangat . Jahat kan aku ? Kan kannn ? Die tahu apa yang terjadi dalam kehidupan seharian aku melalui my mum :) Setelah sekian lama kiteorang tak contact , aku pun contact die and mintak clash . Betapa kurang hajarrrrrrrrrrrrrrrrrrrrnyaa aku . Sorry 'F' . Saya jahat buat awak macamtu . Tapi die terima dengan hati yang terbuka . Memandai jee aku nii cakap die terima dengan hati terbuka . Mana lah aku tahu apa yang bermain di fikiran die kan . Apa yang hati die rasa setelah aku minta macamtu kat die :( Sorryyyyyy. Waktu cuti sem ni bermacam-macam perkara yang terjadi kat aku . Hmm , actually aku sakit . Tak payah laa tahu apa sakit aku ehh . Tapi si 'F' nii setia menanti aku even aku sakit , even dah macam-macam aku buat . He still waiting for me . Haa , lupa nak gtahu korang yang aku stop study dah kat UiTM . Tak perlu laa tahu kenapa ehh . Biarlah rahsia . Huhu . Then aku continue study kat tempat baru until now :) Time aku g orientasi kat Bachok , Kelantan , aku jujur okayy . Hati aku rasa sedih sangat . Entah laa kenapa . Maybe sebab baca mesag die kot . Maybe kot . Haaaa , jangan-jangan , aku dah jatuh cinta kat die . Haihhh , tak kot . tak mungkin . Mungkin . Tak mungkin . Mungkinnnnnnn . Haaaaaaaaaaaa , abaikan jlaaa . Hihihi . Sebulan lebih aku berkampung kat Kelantan . Jadi mek kelate lo pulok . ^_^  Lepastu aku balik laa ke tempat aku semula . HAHAHAHA . After sehari balik Jitra , aku dgn ibu aku g UiTM jumpa 'F' . Hahaha , sweet dok aku . Baru sampai sehari dah nak g jumpa die . Haihh , rinduuu agaknyaaa . Kiteorang g makan kat Kuala Perlis . Aku , ibu aku and die . Lepas makan , ibu aku suh die pulak bawak keta . Haihh , macam pelik jeh . Huhuhuhu . Ibuuuuu , apa yang ibu plan nih haa ? Tetiba jeeee aku diam lepas die duk sebelah . Taktahu nak cakap apa . Takkan malu kot wani uiii ? Haihhh . Buang tebiat apaaa -______________- Kiteorg sembang sikit jeh . Sesampainya di UiTM , nak hantar si 'F' nii balik , aku bagi hadiah birthday kat diee . Hadiah tuu aku beli kat Kelantan . Sorry laa lambat bagi . Sebabnya nak bagi hari birthday tuu , aku ada kat Kelantan lagi . Mengambil masa yang lam jugak nak cari hadiah untuk dieeee . Hihiks . Akhirnya beli jugak . Korang nak tahu tak hadiah apa ? Cer teka . Lai laiii , teka laaaa . Apa ? Bola ? Haihh , agak-agak laa korang . Nak bagi bola pulak . Haaa skirt ? Ingat si 'F' tuu pondan keh . Haish , dah dahh . Tayah dok teka . Bukan betul punn korang tekaaa . HUHUHU -_- Aku bagi kemeja warna favourite kiteorang . What colour ? Purple okayy :) Hee . Sweet tak aku ? . Wink winkk ~ Hmm , tatau laa die smpan kemeja tuu or dah buang . Kemudiannya , kiteorg couple balik . Tapi kali nii , aku layan die sebaiknyaaaa . Aku tak tahu sejak bila aku jatuh cinta dengan die , tapi aku akui yang aku dah mula menyintai die , menyayangi die , memerlukan die , merindui die . Seriously aku rasa macamtu . Die dah dapat hati aku . Mungkin aku jatuh cinta sebab die sabar melayan kerenah aku , sabar menunggu aku and perangai die serta cara die takel aku membuatkan aku jatuh cinta kat die . Yeahh ! You got my heart bebeh :* Tapi aku tak gtahu die punn perasaan aku . Egokan akuu ? :3 Setelah sekian lama , secara tetiba aku mintak clash dgn die . Atas alasan aku dah cuba menyintai die , tapi tetap tak bole . Aku cakap kat die yang aku hanya suka die sebagai kawan . Aku serabut gila time tuu . Dengan tokwan kesayangan aku baru meninggal dunia . Dengan keadaan family aku jadi kucar-kacir . Dengan diri aku tak terurus . Tapi si 'F' nii laa jadi mangsanya . Hmmm , pity youu and pity me too . After buat keputusan tuu , air mata aku jatuh mengalir . Hati aku rasa sakit . Takda sapa teman aku time tuu . Aku laluinya sorang-sorang . Aku rasa semangat aku down . Tapi aku tetap tersenyum . Dengan harapan senyuman aku dapat menutup apa yang aku rasa :') Pandai tak aku cover ? Hihiks . Seksa gila aku rasa tanpa 'F' . It's true :'( Haa , lupa jugak nak gtahu korang . Time cuti sem , aku ada beli 2 kad kat die and keychain yang ada tulis nama kiteorg . 1 kad untuk gtahu apa yang aku rasa dekat die and 1 kad untuk ucap terima kasih untuk segalanya . Tapi 2 kad tuu hilang , and keychain tuu pun hilang time aku and family aku pindah balik ke rumah . Bodoh kan , bangang kann ! Benda berharga macamtu pun bole hilang . Sedih tauuu . Tak dapat nak bagi kat die . Haa , lupa nak gtahu korang . After tokwan aku meninggal dunia , kiteorang pindah kat rumah tok untuk jaga tok . Tapi tuu punn kejap jeh sbb kiteorg ada konflik dengan tok . Lepastu kiteorg balik semula ke rumah sendiri . Time tuulah semua benda yg aku nak bagi kat 'F' hilang . Setelah sekian lama , aku pun cuba jilat balik ludah aku . Aku dah jadi gila time tuu . Tapi nak tahu tak , si 'F' nii tamau dah kat aku . Die cakap die dah tak bole terima aku . Lepastu kiteorang clash , die cakap die nangis laa . Ini laa balasan daripada perbuatan aku . Tapi aku pun terseksa jugak . Kita sama-sama terseksa . Maaf laa buat keputusan terburu-buru . Time tuu aku di luar kawalan . Aku masih sakit . Mungkin awak tak tahu 'F' . Sebab tu saya jarang contact awak , even saya dah layan awak bebaik . Saya bermain dengan perasaan saya . Awak pun tahu kan saya sakit . Awak tahu kan ? :( Sekarang saya dah sembuh . Dah shat :) Lagipun after kita couple balik , awak jarang contact ibu saya kan . Sebabtu awak taktahu apa yang terjadi kat saya . Awak pun dah buang ibu saya dari hidup awak . Tapi takpa laa . Nasi sudah menjadi bubur . Benda yang lepas biarkan berlalu . Sebab tak mungkin kita akan bersama semula . Awak pun dah bahagia . Bagus laa kalau awak bahagia . Saya turut bahagia jika awak pun bahagia :) Mungkin tiada jodoh di antara kita . Kenangan di antara kita masih tersimpan di dalam ingatan saya . 'Our memories never die' Hadiah awak pun still saya simpan . Bole tak saya nak post apa yang awak hantar kat saya ? Bole laa ekk ?
Awak , ingat lagi tak nii ?
Gambar yang lain tuu , tayah laa upload . Biarkan jelaaaa . Just yang nii je saya nak upload :)
'Hargailah si dia . Jangan bila dah kehilangan baru kita meratapi kehilangannya . Masa tu baru nak menyesal , takde maknanya' Yeahh , that's right . Sekarang dah kena kat batang hidung aku . Hahahahahaha , gelak kat diri sendiri :(
'ANDAI ITU TAKDIRNYA'
Kita tak akan pernah tahu erti cinta yang sebenar jika belum dilukai :') rasalah dilukai dulu dan anda akan merasai erti cinta :')
Semalam adalah suatu kenangan.hari ini adalah suatu kenyataan.manakala esok adalah suatu penantian :')
Setakat ini saja cerita mengenai 'F' . Dah tamat dah punn . Hihiks . Nanti aku mengarang benda merapu yang lain pulak eh . Uollsss , take cara okayy . See you all again . Assalamualaikum :D

Saturday 26 January 2013

CINTA MASA SILAM PART 2 .

Assalamualaikum semua :) Hai haii . Bertemu kembali kita dalam blog aku . Eh ehh . Mana korang semua eh . Hmm tak nampak pun. Hehe :P Hmm , tkpalah . Nk buat mcamana kan . Biar tk nmpak dimata , tapi dekat dihati kan kan :) Jum kita sambung cerita aku yg sebelum ni . Hm hmmmmmmmmm , kat mana ek aku stop tadi ? Haishh , lupa pulak . Kat mana nih mana nih . Haaaaaaaaa , ingat dah . Aku stop kat tarikh keramat(12/2/2012) en ? Hee , cantik tak tarikh ni ? Cantik kan kan ? HIHIHI . Hmm , apa yg berlaku pada tarikh ini ea . Apa yg menarik sgt tarikh ni bgi aku dan 'F' ? Agak-agak korang , apa laa ek ? Okayy , let me tell you all . Pada 12/2/2012 adalah hari course kiteorang ada DINNER INVEST . HAHAHAHA . Selain itu , pada 12/2/2012 kan kan , hari aku terima 'F' jadi SPECIAL BF aku . But , time tu aku takda perasaan CINTA lagi kat die . Sikit pun takda . Tapi bak kata orang , 'CINTA BOLEH DIPUPUK'  . That I am right ? :) 'F' ni syok tk sangka bila aku text die gtahu yg aku terima die and aku perlukan masa untuk mencintai die . Die terus kol aku , tanya yang aku ni betul ke or memaen . Haish laa mamat sorang ni . Aku betul-betul laa . Takda masanya aku nak memaen . Hmmmmm . Malam yg kiteorang ada dinner an , aku dgn die snap pic byk-byk . Hehe :P Hari yg kiteorang lalui bersama kan , aku layan die teruk teruk teruk teruk sangat . Tapi die still bersabar dengan aku . Ibu aku penguat semangat die . Lupa pulak nak gtahu korang . 'F' ni sangat sangat sangat rapat dengan ibu aku . Jujur aku cakap , ibu aku lebih kenal 'F' ni berbanding aku . Die pandai ambik hati ibu aku sehinggakan ibu aku mula jatuh cinta kat die . Heheheheh . Siap cakap nak buat menantu lagi . Untunglah awok wahai si 'F' . Pada 1/3/2012 kan , haritu adalah birthday aku . Hohoho , sukanyaaa :D Pada waktu malam tu kan , ada surprised party untuk aku . 'F' dgn classmate aku yg buat . Terharu gila aku :') Tak dapat diucapkan dengan kata-kata . Aku sangat hargainya . Aku dapat hadiah dari 'F' . You all know what ? Aku dapat gelang love . Sampai sekarang gelang love tu still ada dengan aku :) Dapat kad ucapan dari die jugak .Nak tahu die tulis apa tak ? Hmm , tk perlu laa kot . Heheks . Sweet kan die ? <3 Thanks thanks thanks eh sebab susahkan diri . Haa , lupa lagi nak gtahu . Awat taktau aku ni jadi nyanyuk haa . Haihh . Apa nak jadi dengan aku nih :/ Sebelum kiteorang couple , time die tengah ngorat-ngorat aku , die ada bagi kat aku 1 hadiah . Hadiah yg pertama aku terima dari die . Aku terkejut plus terharu plus pluss tak tahu nak cakap apa lah . Orang laki first yg bagi kat aku hadiah 'TELEKUNG' . Aku sangat sangat sangat sangat hargainya :') Until now , aku still guna telekung yang hang bagi . Pada 12/3/2012 , yg tu dah cukup sebulan kiteorang couple . Die ada wish something kat aku . Actually kan , aku ingat yg haritu dah cukup sebulan kiteorang couple . But , aku buat-buat lupa jeh . Heheks , nampak tak permainan aku ? Nampak tak ? Nampak nampak ? Heee :P Pas kiteorang habis kelas , die cakap die nak jumpa aku kejap . Aku cakap taknak lah . Nak buat apa jeh . Hishhh mamat sorang nih . Die pujuk merayu aku . Ketegaq sungguh 'F' nih . Haihh . Tapi aku lagi ketegaq okay . Hehehek . Aku tetap tkmau jumpa die . Dah lah dok nampak muka hang selalu dalam kelas . Cemuih tau dak ? Hiiii , lawak je okay . Die terus bagi something kat aku . Haa , nak tahu dak apa ? Kad ucapan sebulan kiteorang couple :) You know what I want to say ? I want to say thank you very much and you are my special bf yg sangat sangat romantik . Tapi tak terluah di mulut . So , pendamkanlah dalam hati .Al maklumlah , time tu ego menguasai diri . Okay lah you all . Aku nak sambung buat asgnment pulak . Bercambah asgnment yg kena bt . Nanti aku sambung cerita ni semula ye . Take care you all . Assalamualaikum :)


"IN YOUR LIFETIME , YOU WILL FIND AND MEET ONE PERSON WHO WILL LOVE YOU MORE THAN ANYBODY YOU HAVE EVER KNOWN AND WILL KNOW . THEY WILL LOVE WITH EVERY BIT OF ENERGY AND SOUL . THEY WILL SACRIFICE , SURRENDER AND GIVE SO MUCH THAT IT SCARES YOU . SOMEDAY , YOU'LL KNOW WHO THAT IS . SOMETIMES , PEOPLE REALIZE WHO IT WAS . "

                                                                                               By ,
                                                                                               CHE NUR <3

Friday 25 January 2013

CINTA MASA SILAM PART 1 .

Assalamualaikum semua :) Haiiiiiiiiiiiii . Apa khabar semua ? Hope , sihat-sihat belaka :D Korang semua da makan ? Kalau tak makan lagi , jom aku nak belanja . HAHAHA  . Hmm , harini tajuk blog aku ialah 'CINTA MASA SILAM' . Em emm , semua orang mesti pernah merasakan CINTA kan kan . Cinta kepada Allah , cinta kepada ibu dan bapa , cinta kepada adik beradik , cinta kepada kawan-kawan . Semua pernah rasa kannnnnnnnnnnn ? Okayy . CINTA yang aku nak cakap ni , adalah CINTA KEPADA KEKASIH . Opps oppsss . Bukan kekasih dah sekarang ni , tapi EX  :) Hmm , siapakah dia ? Jeng jengg jengggg . Die ni budak tempat belajar aku yang lama dulu . The capital 'F' . Die asal dari negeri 'P' :) Sama umur dengan aku . Satu course dengan aku . Okayy , start permulaan cerita ye . Bagaimana kisah cinta kami berputik . Firstly , aku dengan die just only a friend . Not more than that . Lama-kelamaan , aku tak tahu la pulak , 'F' ni syok kat aku . Tak perasan la pulak . Membe-membe aku ada la cakap kat aku yang 'F' ni syok kat aku , tapi chillex ah . Selagi die tak cakap sendiri buat apa aku nak kalut . Relax sudaaaaaaaaaa . Tapi kiteorang rajin la contact , even 1 kelas . Die ni caring jugak pasal aku . Pada 1 hari kannnnnnnnnnnnn . Jeng jengg jenggg . Membe-membe aku ajak aku keluar dinner . Sampai paksa-paksa pulak tu . Aku pun join la dinner tu . Hanya disebabkan kawan je . Haa , lupa pulak nak gtahu . Si 'F' ni ada jugak time tu . Huhu . Kiteorang dinner kat luar kolej . Makan , makan , makan , makan , makan , ada sorang membe aku ni cakap die nak pegi tgok bola . Aku cakap aku pun nak ikut jugak . Tapi die cakap tak payah laa . Hairan jugak aku time tu . Mesti ada yang tak kena ni . Tapi aku cuba sedapkan hati aku . Hmmm , takda papa yg akan berlaku ni :) Lepas habis makan , kiteorang semua bertolak balik . Otw nak balik kolej , 2 org membe aku pulak cakap dieorang ada hal . Okay , kiteorg cakap it's okay . Tinggal kami berempat . 3 perempuan sorang laki . Laki tu si 'F' ni lah . Tetiba si 'F' ni ajak balik guna jalan yang jauh . Tetiba hairan aku ni datang menjelma kembali . Takut pun ada . Uhuhuhu . Aku pun ikut jelah . Pastu membe aku lagi 2 orang ni cakap , dieorang ada hal . Aku cakap takkan nak tinggal aku dengan si 'F' ni . Agak-agak la weyh . Bole kena tangkap basah kot . Takmau la aku . Dok tengah kering elok-elok , tetiba je jadi basah . HUUUU . Tak boleh bayangkan . Setelah memujuk-rayu 2 orang membe aku nih , dieorang pun cancel hal dieorang tu . Alhamdullilah , lega gila aku . Klau tidak , aku kena jalan dengan si 'F' ni lah . Habis hilang peminat aku nanti . Huu , tkmau tkmau . HEHEHEHE . Dalam dok jalan jalan jalan jalan , tiba kat 1 tempat di bawah lampu jalan , hmmmm , romantik la jugak tempat tu , si 'F' ni tetiba je tarik tangan aku . Terkejut la jugak aku time tu . Dalam masa yg sama , aku bermonolog sendiri , apa pulak kali ni . Sempat lagi aku bermonolog , 'MAKSIAT WEYH' . Die pun nampak gugup . Die yg tarik aku , die pulak yg gugup . HIHIHI . Pahape la die nih . Time tu die lamar aku weyh . Hahahaha. Sampai sekarang aku ingat lagi apa ayat die 'Saya ................... , ingin NUR HAZWANI BINTI HALIM menjadi kekasih hati saya'. Sudikah awak menerima saya dalam hidup awak ? ' Hmmmm , macam dialog dari filem la pulak . Si 'F' weyh , hang ambik ayat ni dari mana haa ? Aku jadi terkejut pun ada time tu , syok pun ada . Macam-macam la perasan aku time tu . Bercampur-baur . Hummm . Tapi aku tukar topik time tu . Tak jawab pertanyaan die lagi . Hehehe . Aku rasa masa  tu macam lama pulak like 'A THOUSAND YEAR'   Romantik tak ? Heheks . Aku biarkan die menunggu jawapan dari aku . Si 'F' ni pun setia menanti . Sabar dengan kerenah aku . Macam-macam dah aku buat kat die , tapi die still menunggu dan terus menunggu ,  bak kata orang 'JUAL MAHAL LA PULAK MINAH NI' . Huhuhu . Sehinggalah 1 hari iaitu pada 12/2/2012 , iaitu tarikh keramat bagi kami berdua . Hmmm . Agak-agak korang , apalah yg terjadi ek ? Okayy , lekluh ea . Aku dah letih menaip ni . Aku nak tolong ibu aku masak pulak sekarang ni . Bersambung untuk episod seterusnya . HEHEHEHEHEHE . See you all again . Take care . Assalamualaikum :D

      "CINTA BUKAN MIMPI TAPI HARAPAN , BUKAN APA YANG DIDAPATI TAPI YANG
      DIBERIKAN , BUKAN APA YANG DILIHAT , TAPI YANG DIRASAKAN ,
      TERASA DEKAT TAPI JAUH , CINTA BUKANLAH LEMBARAN PUISI AKAN TETAPI 
      KATA HATI ."

                                                                                                  By ,
                                                                                                  CHE NUR

Thursday 24 January 2013

I'm a new BLOGGER :D

Assalamualaikum semua :) Hai hai(Sambil melambai-lambai tangan) . Hmm , tetiba je aku rasa nak buat blog nih . Tringin nak ada blog jugak mcam korang semua . Hee :D Harini , hari first aku kt blog . Hai , i'm a new blogger >_< Hmm , tujuan aku buat blog ni sebab sebab sebabbbbbb aku bole crita apa yg trjadi kt aku dalam kehidupan seharian aku selain meluahkan kt Allah s.w.t and ibu aku :) Macam diari laa katakan :D Harini , mood aku okay okayy je buat masa skang . InsyaAllah , hope kejap lgi okay laa jugak . Pagi tadi kan , bangun pagi gosok gigi . Eh ehh , nk nyanyi la pulak . Ehehe . Pagi tadi lepas bangun , aku on laa FB sat . Stalker org dulu . Oppss , mengantoikan diri sendiri laa pulak . Hihiks :P Bukannya nk tlong ibu buat keja rumah kan . Haish apa nk jadi laa dgn anak dara Encik Halim dgn Puan Sarimah ni . Teruk bebenor . Ish ish ishh . Agak-agaknya ada tak orang nak buat aku menantu kalau tau aku macam ni ? Hehehew . Hmm . Pastu kan , ibu aku ajak aku pegi market . Aku pun pegi jelah . Haa , kalau orang tua kat luar sana dengar yang ni , sure depa mau buat aku jadi menantu kan kan . Alahai . Berangan laa aku nih . HAHAHA . Pastu pi lah usha macam-macam kat market , serupa nak buat kenduri . Bhahaha . Usha usha ushaaaaa , akhirnya aku dgn ibu aku membuat keputusan . Harini kita buat nasi beriyani ea . Hohohoho , sukanyaaaaaaaa <3 After that , ibu aku ajak aku pegi minum-minum dulu . Tunggu cangak lagi . Aku pun on jelahh . Hehek , pantang diajak . Pagi-pagi , aku dah breakfast nasi kerabu . Hahahaha . Nyummmyyy . Pastu balik laa rumah . Nak masak laa katakan . Alahaii , sapa laa calon suami aku kt luar sana kan . Bole laa 'sayang' tlong masakkan untuk 'b' nanti . Cakap je nak makan apa . Sure 'sayang' masak punya . Demi suamiku yg tercinta . HAHAHAHA . Eeeeuuww , gedik gila Che Nur nih . Tapi aku tak masak pun . Ibu aku yg masak . Aku tgh on9 . Hahaha . Bagusnya anak dara sorg ni . Hehe . Tdi dpat msg dari BFF kesayangan aku . Namanyaaaaa . Jeng jeng jenggg . Fatin Azwa . Hmm , die ajak aku kluar . Aku pun on jelah . Tpi aku gtau die , lewat sikit laa ek kita kluar sebab ada hal . Pdahal die tktau hal aku apa . Kot laa nk tnya kwan aku sorg ni . Hehe . Hal aku tu kan kan , tgh karang ayat kt blog ni ah . Hahahahaha . Okaylah . Nanti kita berjumpa lagi ye . Cukup sampai di sini saja laa karangan saya . Kepada cikgu-cikgu BM diluar sana , bole lah semak karangan saya ni . Hope cikgu bagi A laa kan . HEHEHE  . Tatatititutu . Assalamualaikum :)
                                                   
                                                                                                                    By ,
                                                                                                                    CHE NUR <3